Melayu

nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia);
masuk ~
a) mengikut cara hidup orang Melayu;
b) masuk Islam;

memelayukan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu:
~ istilah ilmiah;

kemelayuan ciri atau sifat yang memperlihatkan keperibadian orang Melayu:
suasana kampung yang masih terikat erat dengan tradisi dan adat-istiadat ~nya;
golongan yang mahu unsur ~ diutamakan;

pemelayuan perihal (perbuatan dan sebagainya) memelayukan:
~ istilah.

berkongsi