1. kelihatan gagah (hebat dan lain-lain), masyhur, mulia:
namanya tidak se~ dahulu lagi;
2. bangga:
aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali;
bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri:
orang kaya itu ~ dengan kekayaannya;
memegahkan mendatangkan (menimbulkan) rasa megah, membanggakan:
di hadapan mereka itu berjejal motokar yang serba ~;
memegah-megahkan membangga-banggakan:
maka tidak perlulah dimegah-megahkan jika apa yang diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja;
kemegahan
1. sesuatu yang dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan, kebanggaan;
2. perasaan megah:
~nya sebagai pemilik peti televisyen yang tunggal di kampung kami sudah tersinggung.