mazhab

[Arab]

1. cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki):
di Mesir umpamanya pada masa dahulu, mahkamah Syariah semata-mata berpegang pada ~ Hanafi;

2. aliran, fahaman, atau ajaran (seperti dalam bidang ekonomi dan lain-lain):
~ laissez-faire;

3. [arkaik] ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli:
~ Protestan;

bermazhab tergolong dalam, berpegang pada atau menganuti mazhab:
rata-rata umat Islam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi;
dari segi agama, mereka ~ Syafii;

kemazhaban hal yang berkaitan dengan mazhab:
tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~.

berkongsi