1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi:
biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan;
timbunan kayu ~ ;
2. tidak pernah hidup (barang-barang seperti batu dan lain-lain), tidak bernyawa;
3. [kiasan] tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dan lain-lain), tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dan lain-lain), tidak mempunyai air lagi (perigi dan lain-lain), tidak menyala lagi (api, lampu, dan lain-lain), tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dan lain-lain), tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan, dan lain-lain), tidak ramai lagi (bandar dan lain-lain), tidak digunakan lagi (bahasa dan lain-lain), tidak bertiup lagi (angin dan lain-lain), tidak dapat berasa lagi (kulit dan lain-lain), tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran):
jalan itu ~;
fikirannya ~ sebentar;
percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang mengganggu;
pintu itu tertutup ~;
lampu sudah ~;
matahari ~;
jam itu ~;
parti itu sudah lama ~;
negeri yang sudah ~;
bahasa Latin ialah bahasa ~;
angin sudah ~;
kulit ~;
~ air direbus (daging, ikan, dan lain-lain) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai:
daging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi);
~ andar
a) mati dengan tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya);
b) mati dengan tidak disembelih (binatang);
~ angin ki tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dan lain-lain);
~ ayam [bahasa percakapan] mati dengan sia-sia;
~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yang teruk);
~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yang hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar;
~ beranak mati ketika bersalin;
~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak;
~ berdarah mati dengan menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dan lain-lain);
~ berugam [Kelantan] mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya;
~ bersebab mati dengan tidak sepatutnya;
~ katak mati seperti katak dan tidak siapa yang mempedulikannya;
~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu);
~ konyol (percuma) mati dengan sia-sia;
~ kumlah (hukumullah) mati dengan sepatutnya (seperti terlalu tua dan lain-lain);
~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi;
~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (seperti tenggelam dalam air, kena gas, dan lain-lain);
~ mampus (modar) [bahasa percakapan] mati dengan serta-merta;
~ mawai ark mati menggeletak;
~ pucuk
a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan);
b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar);
~ raga menguatkan hati dengan mengetepikan segala keseronokan;
~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi;
~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dan lain-lain);
~ seladang sehidup semati berkenaan suami isteri (tidak bermadu dan lain-lain);
~ sesat (syirik) mati dengan cara yang tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dan lain-lain);
~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dan lain-lain);
~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak (peribahasa) anak dan bapa mestilah tolong-menolong pada masa kesusahan;
~ dicatuk katak (peribahasa) orang yang berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yang lemah;
~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya (peribahasa) tahu membuat pekerjaan yang jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya;
~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi (peribahasa) manusia dapat dipujuk dengan mulut manis atau dengan budi baik;
~-~ berdakwat biar hitam (peribahasa) tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan);
~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk (peribahasa) sudah bulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya;
kita semua ~ tetapi kubur masing-masing (peribahasa) lain orang lain fikirannya;
seperti orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak (peribahasa) seseorang yang daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia;
mati-matian
1. dengan bersungguh-sungguh, dengan segala daya upaya, dengan genap tenaga:
mereka berjuang ~ mempertahankan negara;
2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok;
bermati-mati, bermati-matian bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu), dengan segala daya upaya, dengan segenap tenaga:
kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dengan tidak mengendahkan penat dan lelah;
rakyat sekarang ~ berjuang untuk kemerdekaan;
bermatikan ~ diri pura-pura mati;
mematikan
1. membunuh:
ada kalanya gula juga akan ~ semut;
2. [kiasan] menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dan lain-lain):
pengemis itu ~ langkahnya;
setelah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah;
3. (Matematik) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dengan angka yang sama;
kematian
1. perihal mati:
orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yang patut;
angka ~ angka yang menunjukkan jumlah orang yang telah mati;
surat ~ surat keterangan berkenaan orang yang telah meninggal dunia;
2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yang mati:
janganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu;
~ angin tidak ada angin lagi (orang dalam pelayaran);
kemati-matian
1. kelihatan seperti sudah mati:
dia pengsan ~ lakunya;
2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian;
pemati sesuatu yang digunakan untuk mematikan (jahitan, simpulan, dan lain-lain), pengukuh, pengetat (skru dan lain-lain).