masyhur

= termasyhur [Arab]

1. tersebar ke serata tempat (berita, peristiwa, dan lain-lain), ketahuan ke tempat-tempat lain:
maka khabar yang demikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yang lain;

2. terkenal, ternama:
mereka gemar membaca buku-buku yang mengisahkan kehidupan seseorang yang ~ ;
kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yang termasyhur;

memasyhurkan
1. [sastera lama] menyebarkan ke serata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dan lain-lain), menyiarkan:
cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu;

2. membuat supaya menjadi masyhur (terkenal, ternama):
Persatuan Belia akan mementaskan semula drama yang telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air;

kemasyhuran perihal masyhur (terkenal):
~ Melaka sebagai pusat perdagangan utama tersebar luas;

pemasyhuran perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain):
~ kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

berkongsi