masyarakat

1. kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup:
menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~;
~ kampung
golongan manusia yang tinggal di kampung;
~ kota golongan manusia yang tinggal di kota;
~ majmuk masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dan sebagainya);
~ ramai orang (khalayak) ramai;

sampah ~ orang yang tidak berguna dalam sesuatu kumpulan manusia;

2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan:
~ haiwan;

bermasyarakat merupakan (hidup sebagai satu) masyarakat, menggabungkan diri:
tabiat manusia berkehendakkan hidup ~;

memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dalam masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dan sebagainya) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dan sebagainya di kalangan masyarakat:
DBP terlibat langsung dalam usaha ~ bahasa melalui penerbitan;
usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini;

kemasyarakatan keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat:
penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan;
satu aliran kesusteraan terlalu memberatkan soal ~;
ilmu ~
sosiologi;

pemasyarakatan proses (usaha dan sebagainya) memasyarakatkan:
tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dengan penerbitan kamus ini.

berkongsi