masuk

1. pergi ke dalam (bilik, rumah, tubuh badan, dan lain-lain), datang ke dalam, lawan keluar:
apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan;
lekas ~!;
ia bebas ~ dan keluar;

2. terbenam (matahari, bulan, dan lain-lain) ke dalam;

3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah dan lain-lain):
mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?;
enam bulan kemudian dia ~ hospital;
~ sekolah

a) pergi ke sekolah untuk belajar;
b) menjadi murid di sekolah;

4. menjadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dan lain-lain):
maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam;

5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dan lain-lain):
umurnya baru ~ enam tahun;
perundingan itu sudah ~ hari yang ketujuh;
~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah mengeruh;

6. terbilang, terhitung, tergolong dalam, terkira (termuat) dalam:
ia ~ orang yang berada;
kain ini ~ dalam jenis kain yang baik juga;
tarian ini tidak ~ dalam acara pertunjukan malam terakhir;

7. ikut serta, turut campur:
Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit;

8. yang diperoleh (diterima, didapati):
ada kerja ada ~ , tak ada kerja, tak ada ~;
~ ajar
mendengar atau menerima nasihat orang;
~ akal dapat diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil;
~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dan lain-lain);
~ Belanda [Indonesia] menjadi warganegara Belanda;
~ buku dicatat dalam buku (perbelanjaan dan lain-lain);
~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian;
~ daun sudah mendapat peluang yang baik (sesuatu yang pasti akan berhasil);
~ hati diterima oleh hati, bersetuju;
~ Jawi [Kedah] berkhatan;
~ kerja datang atau hadir bekerja;
~ kira terhitung (tergolong) dalam;
~ kompeni [Indonesia] menjadi askar;
~ Melayu
a) [arkaik] menganut agama Islam;
b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu;
~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat;
~ suluk mengasingkan diri (untuk mengamalkan suluk);
~ syaitan dirasuki syaitan;
~ tangan campur tangan;
~ waktu sampai waktu (untuk bersembahyang);
~ lima keluar sepuluh (peribahasa) belanja yang lebih besar daripada penghasilan;
~ sarang harimau (peribahasa) terperosok ke dalam suatu bahaya besar;

memasuki
1. masuk ke dalam (rumah dan lain-lain):
orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya;

2. mengikuti (kursus, kuliah, dan lain-lain), menjadi pelajar (di sekolah dan lain-lain):
seramai tiga puluh lima orang penuntut dari sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini;

3. mengambil bahagian (dalam peraduan, peperiksaan, dan lain-lain):
beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan;

4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dan lain-lain):
~ pertubuhan SEATO;

5. mencampuri (urusan orang lain);

memasukkan
1. membawa (membiarkan dan lain-lain) masuk, mengisikan (ke dalam):
ia ~ mesin taip ke dalam bilik;
perusahaan ~ nanas ke dalam tin;
dialah yang mula-mula ~ suatu konsep baru ke dalam kesusasteraan kita;

2. menjadikan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain:
ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu;

3. menaruhkan wang ke dalam sesuatu perusahaan dan lain-lain, menanam modal:
ia ~ RM50 ke dalam sebuah syarikat pada awal tiap-tiap tahun;

termasuk
1. sudak masuk;
~ di hati ki dapat diterima, dipercayai;

2. tergolong (terhitung dan lain-lain) dalam:
labah-labah tidak ~ dalam kumpulan serangga;

kemasukan
1. dimasuki (hantu, orang halus, dan lain-lain), dirasuki (hantu dan lain-lain):
lembu tua itu lari dan terus lari seperti ~ hantu merempuh segala tanaman;

2. ada yang masuk, dimasuki oleh:
matanya pedih kerana ~ asap sabut yang tebal itu;

3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dan lain-lain:
~ Malaysia sebagai anggota majlis keselamatan;

pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dan sebagainya) memasukkan.

berkongsi