masa I

1. waktu, ketika:
~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak;
bila-bila ~;

2. jangka waktu yang agak lama (ketika sesuatu kejadian dan lain-lain yang penting berlaku), zaman;
~ Jepun zaman pendudukan Jepun;

3. jangka waktu yang tertentu (ada permulaan serta batasnya);
~ capaian (Komputer) masa yang diperlukan untuk mendapatkan data yang diproses;
~ kerja waktu yang ditentukan untuk sesuatu pekerjaan;
separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dan lain-lain dari permulaan hingga pertengahan (dari pertengahan hingga akhir);
~ depan (hadapan, datang) zaman yang akan datang;
~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dalam tanah);
~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak);
~ kering musim kering;
~ lampau waktu yang telah lalu (lepas);
~ lapang (lega) waktu senggang;
~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (daripada suatu keadaan kepada keadaan lain);
~ Permian (Geologi) zaman selepas zaman karbon;
~ rehat waktu untuk berehat;
dari se~ ke se~ dari satu waktu ke waktu lain;

semasa
1. sama masa dengan, pada ketika yang sama:
beliau juga hidup hampir ~ dengan sejarah yang ditulisnya;

2. sewaktu, pada ketika:
~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan;

3. dari masa (zaman) yang diperkatakan, dari masa yang sama:
hal-hal yang menarik perhatian~;

semasa-masa sewaktu-waktu;

pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dan sebagainya:
~ yang tidak betul juga boleh menyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir;

pemasa alat untuk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dan sebagainya.

berkongsi