1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja):
~ betul budak itu, maklumlah anak bongsu;
2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kepada:
dia berkata dengan suara yang ~;
kedua-dua anak itu sangat ~ dengan saya;
bermanja berlaku manja:
Arif sudah mulai ~ dengan pengasuhnya;
bermanja-manja, bermanja-manjaan berjinak-jinakan, beramah-ramahan:
cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dengan Murad;
memanja berbunyi manja (suara dan lain-lain):
kadang-kadang suaranya ~;
memanjakan, memanja-manjakan, mempermanjakan sangat melayani kehendaknya sehingga jadi manja:
jururawat itu membetulkan kain selimutnya seperti ibu ~ anaknya;
gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan;
termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja;
manjaan yang dimanjakan:
dia memang ingin memelihara seekor binatang ~;
kemanjaan perihal manja:
anaknya masih haus kepada ~ dan kemesraan;
kemanja-manjaan dengan berlaku manja:
ia menjawab ~ .