manis I

1. rasa seperti rasa gula atau madu:
kuih ini ~ seperti gula;

2. sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dan lain-lain), lemah lembut serta peramah:
gadis itu tidak cantik tetapi ~;
tutur bahasanya ~;
senyum ~;

3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dan lain-lain):
gadis itu memang ~;

4. panggilan untuk gadis (wanita) yang cantik manis:
ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi;

5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dan lain-lain):
jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang;

6. [kiasan] dalam berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dan lain-lain):
bagaimana pula dapat aku hidup ~ dengan orang yang demikian?~ bangun [Kelantan] sedap dipandang mata, cantik, segak;
~-~ buah rasa yang tidak berapa manis (kuih dan lain-lain);
~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun;
~ leting [Kelantan], [Terengganu] tersangat manis;
~ madu rasa seperti rasa madu;
~ muka muka yang periang (menarik hati);
~ mulut pandai berkata-kata;
~ seperti gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ seperti gula jawa (peribahasa) bersesuaian dalam semua hal (seperti suami isteri yang sama elok dan lain-lain);
habis ~ sepah dibuang (peribahasa) seseorang atau sesuatu yang dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan);
lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan (peribahasa) yang nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak);
rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka (peribahasa) jangan terlalu mesra bergaul dengan orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat;

bermanis ~ muka tersenyum untuk menunjukkan rasa hormat, mesra, disenangi dan sebagainya;
~ mulut bercakap dengan kata-kata manis;

bermanis-manis bercakap dengan kata-kata manis, bercakap dengan lemah lembut;

memanis
1. menjadi manis;

2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar;

memaniskan menjadikan manis;
lewat dimaniskan, masam, lewat diharumkan, busuk (peribahasa) perihal orang yang mula-mula berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih;

mempermanis membuat supaya bertambah manis:
dia melembuntukan suaranya ~ mukanya ketika menyatakan maksudnya itu;

manisan, manis-manisan
1. sesuatu cecair (daripada bunga, sarang lebah, dan lain-lain) yang manis rasanya;
~ bunga madu bunga;
~ lebah madu lebah;

2. buah-buahan dan lain-lain yang direndam dalam air gula, halwa;

kemanisan
1. rasa yang manis:
~ nanas jenis itu memang diketahui orang;

2. kecantikan, kemolekan, kemongelan:
ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali;

3. keseronokan, kesukaan:
~ hidup bagai madu dengan isteri muda itu tidaklah akan lama;

4. [bahasa percakapan] terlalu manis, manis sangat:
kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;

pemanisan perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) memaniskan;

pemanis
1. sesuatu yang menyebabkan sesuatu yang lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dan lain-lain);

2. = ~ muka guna-guna untuk memikat hati orang (dengan menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis):
diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~;
mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.

berkongsi