manfaat

1. guna, faedah;
kejadian itu tidak akan memberi ~ kepada sesiapa pun;

2. untung, laba;

bermanfaat berguna, berfaedah:
apa yang dilakukan mereka memang ~ bagi bangsa;

memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (untuk atau dengan cara yang mendatangkan faedah), mendapatkan faedah daripada (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah):
tidaklah sukar untuk ~ alat-alat ini untuk kajian saintifik;
apa yang menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yang kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan untuk membaca;

kemanfaatan
1. guna, faedah, manfaat:
setiap sesuatu yang mendatangkan ~ dengan kebaikan hendaklah dilindungi dan diusahakan;

2. kebaikan, kegunaan;

pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan:
apa yang berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dalam pelbagai unsur yang diserapkan secara berseni.

berkongsi