mandi I

1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dengan air:
badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu;

2. berenang-renang di laut untuk bersuka-suka:
banyak orang yang pergi ke Port Dickson untuk ~ di laut;
pakaian ~
baju atau seluar untuk berenang;

3. [kiasan] dipenuhi (peluh dan lain-lain), mempunyai melimpah-limpah (wang dan lain-lain):
badannya ~ peluh;
baginda sentiasa ~ air mata;orang kampung pada masa itu ~ wang;
~ air perantan [kata seru] sejenis upacara mandi beradat dalam istiadat perkahwinan;
~ angin
a) sentiasa kena angin;
b) menyembur dengan kuasa angin (air, cat, dan lain-lain);
~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yang baru sahaja meninggal;
~ balai mandi untuk menghalau hantu;
~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin;
~ bunga mandi dengan air yang dicampurkan dengan pelbagai jenis bunga dan dijampi, yang dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yang sudah lanjut usia mendapat jodohnya;
~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan;
~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi untuk kedua-dua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai;
~ darah
a) berlumuran darah;
b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dan lain-lain);
~ embun membiarkan diri kena embun;
~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan);
~ junub (janabat, hadas luas) mandi untuk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dan sebagainya);
~ kerbau [kiasan] mandi dengan tidak membersihkan badan;
~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut;
~ lulur rawatan tradisional untuk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dengan melumurkan lulur pada badan;
~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi;
~ mayat membasuh mayat dengan air;
~ nifas mandi selepas berhenti nifas;
~ ombak basah kena ombak;
~ pelimau sejenis upacara mandi untuk kedua-dua pengantin sesudah bersanding;
~ peluh basah dengan peluh;
~ safar upacara mandi untuk menolak bala (pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dengan hukum Islam);
~ sampat [Perak], [Pahang] upacara mandi untuk kedua-dua mempelai pada hari ketiga sesudah nikah;
~ sudah membasuh mayat kali yang terakhir (ketika hendak dikafan);
~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan;
~ wajib mandi untuk bersuci daripada hadas besar;
~ wap mandi dengan mengewapi seluruh badan di dalam kebuk atau bilik yang dipenuhi wap untuk menyegarkan badan dan sebagainya;
bagai ~ dalam cupak (peribahasa) sesuatu (pertolongan dan lain-lain) yang tidak mencukupi;
alang-alang (mati-mati) ~ biar basah (peribahasa) kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan;

bermandikan penuh dengan;
~ cahaya penuh dengan cahaya (terang-benderang);
~ wang mempunyai wang yang banyak;

memandikan
1. membersihkan tubuh seseorang (sesuatu) dengan air, memberi mandi:
Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya;

2. mencuci (mayat) dengan air:
jika hamba mati, tuan hambalah ~ hamba;

3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dalam barang cair);

4. [kiasan] banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dalam erti ki):
anak-anak ini mahu dimandikan dengan kasih sayang ibunya;
dimandikan dengan air segeluk
(peribahasa) diberi pertolongan (puji-pujian) yang tidak bererti;

mempermandikan
1. [sastera lama] memandikan (dengan);

2. [Indonesia] menyiram dengan air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan;

permandian
1. tempat mandi;

2. [Indonesia] upacara mempermandikan, pembaptisan;

pemandi orang yang memandikan:
yang makruhnya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yang bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kepada orang yang hidup.

berkongsi