mandat

1. amanah yang diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kepada wakil mereka (dalam mesyuarat dan lain-lain untuk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dan lain-lain):
Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru daripada rakyat;

2. kuasa yang diberikan oleh pihak yang lebih tinggi:
Presiden telah memberikan ~ kepada Perdana Menteri untuk membentuk kabinet baharu;

3. [Indonesia] surat kuasa, surat perintah (membayar dan lain-lain):
ia masih menunggu ~ untuk membayar gaji pekerja-pekerja;

4. kuasa yang diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kepada sesebuah negara untuk mentadbir sesuatu wilayah dan sebagainya;

5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dan lain-lain yang diamanahkan kepada sesuatu pihak berkuasa:
rancangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu.

berkongsi