malas I

1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dan lain-lain), segan, lawan rajin:
aku tidak mahu menolong orang yang ~ bekerja seperti kamu ini;

2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan:
kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya;

bermalas-malas duduk dengan tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah:
selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~;

memalaskan menjadikan malas:
ia sengaja hendak ~ suaminya;

kemalasan perihal malas:
ia dicaci orang kerana ~nya;

pemalas orang yang malas, penyegan:
ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.

berkongsi