1. mempunyai hasil yang banyak (daerah, negeri, dan lain-lain), mempunyai penduduk yang banyak dan cukup kehidupannya:
negeri Jepun adalah negeri yang paling ~ di Asia pada masa ini;
2. [bahasa percakapan] hidup mewah (serba cukup dan lain-lain), tidak kekurangan apa pun:
nampaknya engkau ~ sekarang;
persemakmuran persekutuan negara-negara yang pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel;
memakmurkan memajukan supaya makmur:
ia diberi tugas untuk ~ daerah yang mundur itu;
kemakmuran perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dan lain-lain):
~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pada kerajinan penduduk-penduduk negeri itu;
pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memakmurkan:
sumbangan ini amat membantu untuk membina ~ budaya ummah.