makan

1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu:
jemputlah ~ kuih ini;
~ candu
menghisap candu;
~ pil menelan pil;
~ sirih mengunyah sirih;

2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi:
engkau sudah ~ Sim?

3. rezeki:
bagaimana hendak mencari ~ kalau kesihatanku selalu terganggu;

4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dan lain-lain) masa, wang, dan lain-lain:
pekerjaan ini banyak ~ belanja;
menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan;
kereta saya banyak ~ minyak;

5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dan lain-lain), lut:
ditikamnya, tetapi tidak ~;

6. bekerja seperti yang dijangkakan (brek dan lain-lain):
brek basikal ini tak ~;

7. dapat masuk (barang yang dimasukkan ke lubang dan lain-lain), masuknya:
paku itu hanya setengah inci ~ ke dalam papan itu;

8. mengikut (nasihat dan lain-lain), menerima (pengaruh, pujukan, dan lain-lain):
inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat;
sedikit pun tidak ~ dalam hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya;

9. [kiasan] menggelapi (wang dan lain-lain), mengambil secara haram (wang):
Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit;~ ampun [sastera lama] minta ampun;
~ angin
a) bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dan lain-lain);
b) mendapat angin (kapal, layar, dan lain-lain);
~ angkat suka dipuji-puji;
~ arwah kenduri arwah (untuk memperingati orang yang telah mati);
~ bawang [kiasan] marah;
~ benak menarik keuntungan yang besar;
~ beradap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dengan lauknya) yang disajikan kepada pengantin ketika bersanding;
~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (berkenaan (dengan) pengantin);
~ besar
a) jamuan makan beramai-ramai dengan berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dan sebagainya;
b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pada petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina;
~ budi menerima kebaikan (pertolongan dan lain-lain) orang lain;
~ bunga mengambil keuntungan (faedah) daripada apa yang dipinjamkan;
~ butir [Kelantan] dalam keadaan motobot dan sebagainya tersangat sarat dengan muatan (hingga air mencecah papan teratas):
duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam;
~ cekak
sanggup melawan (mengatasi dan lain-lain);
~ dalam (orang yang) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman;
~ (menghisap) darah
a) mengambil untung yang besar daripada orang lain (seperti mengenakan bunga yang sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dan lain-lain);
b) sebal hati, bersedih;
~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin;
~ di punca kain [Kelantan] hidup melarat;
~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dan lain-lain);
~ duit (emas)
a) menerima wang suap;
b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dan lain-lain) untuk keperluan sendiri;
~ gaji (upah) bekerja pada orang untuk mendapat gaji (upah);
~ gambar fotogenik;
(banyak, kenyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dalam hidup;
~ hak melanggar hak orang;
~ hati (berulam jantung) dukacita yang amat sangat (akibat gagal dalam percintaan dan lain-lain);
~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dan lain-lain) kawan sendiri;
~ kerawat sangat miskin;
~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dengan memeras tenaga orang;
~ kuli bekerja sebagai kuli;
~ luar
a) makan di kedai, warung, restoran dan sebagainya (bukan di rumah);
b) [kiasan] mengadakan hubungan seks bukan dengan suami atau isteri sendiri;
~ malam (pagi, siang) makan pada waktu malam (pagi, siang) hari;
~ nasi dengan garam sangat miskin;
~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dan lain-lain);
~ nikmat [sastera lama] makan makanan yang lazat-lazat;
~ pelewar dalam keadaan motobot dan sebagainya yang dipenuhi air hingga mencecah enjin:
Ali menimba air dalam botnya kerana air sudah ~ pelewar;
~ pencen
hidup dengan mendapat wang pencen daripada kerajaan (sesudah bersara);
~ puluk [Indonesia] makan dengan tangan;
~ ransom makan beramai-ramai;
~ riba meminjamkan wang dengan bunga yang tinggi;
~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dalam bulan Ramadan;
~ suap (sogok) menerima suap (rasuah);
~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk;
~ tanah
a) jatuh tersungkur di tanah;
b) sangat miskin;
~ tangan
a) kena penumbuk (tinju);
b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka;
~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain;
~ tidur hidup dengan tidak membuat apa-apa pekerjaan;
~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dan lain-lain);
~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat;
~ hati berulam jantung (peribahasa) menderita kerana perbuatan orang yang karib (seperti sahabat, suami, dan lain-lain);
~ upas berulam racun (peribahasa) hidup dalam kesusahan;
sudah ~ bismillah (peribahasa) tidak menurut aturan, terbalik;
telah habis maka dimakan (peribahasa) berhemat cermatlah dalam semua perkara;
tempat ~ jangan diberaki (peribahasa) jangan membuat sesuatu yang tidak baik kepada orang yang pernah memberi perlindungan (pertolongan dan lain-lain);
tidak ~ siku-siku (peribahasa) cakap seseorang yang berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya);

memakan
1. makan (dengan lebih aktif):
mereka pun duduk ~ sarapan pagi;

2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dan lain-lain), mengambil:
ini tentulah ~ belanja lebih daripada satu ribu ringgit;
pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu;

3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan:
rumah itu dimakan api;
pisau itu dimakan karat;

4. mematikan (dalam permainan catur dan lain-lain):
hampir dimakannya raja saya;
dimakan akal
masuk akal;
dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian);
dimakan tikus [bahasa percakapan] digelapkan (digunakan) wang dan lain-lain;
dimakan tua [bahasa percakapan] telah lama hidupnya, sudah tua;

memakani memakan dengan banyaknya, acapkali memakan:
ia asyik ~ buah-buahan yang dibawanya sendiri dari rumah;

memakankan
1. mengusahakan (memberi dan lain-lain) supaya sesuatu dimakan;

2. memakan untuk;

termakan
1. sudah dimakan (dalam erti kiasan dan lain-lain):
besi itu habis ~ karat;

2. makan dengan tidak sengaja:
Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun;
dia ~

a) dia kena racun;
b) dia kena guna-guna;

3. [kiasan] dapat diterima (akal dan lain-lain), terpengaruh;
perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya;

4. dapat dimakan:
ikan yang didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi;~ budi menerima pertolongan (kebaikan dan lain-lain) daripada orang lain, kebudian;
~ bulan terlewat waktu (tempoh) yang ditetapkan;
~ dalam hati meresap dalam hati;
~ janji tidak menepati janji;
~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran;

makanan apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki:
segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah;
~ berzat
makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dan lain-lain);
~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidup-hidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya:
restoran ~ laut;
~ ringan
makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan;
~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia);
~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;

makan-makanan bermacam-macam jenis makanan;

kemakanan habis dimakan:
jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat;

pemakanan
1. jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dan lain-lain:
masalah salah ~ dan kekurangan vitamin masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini;
~ yang tidak seimbang;
~ semasa hamil;

2. perbuatan (proses) makan:
bahan radioaktif masuk ke dalam tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman;

pemakan
1. orang (binatang dan lain-lain) yang memakan:
binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging;

2. apa yang digunakan untuk jodoh makanan:
lauk ~ nasi;
kapur ~ sirih;
se~ sirih
sama lamanya dengan orang makan sirih;

3. orang yang suka makan:
Ali memang ~;~ bawang ki orang yang pemarah;
~ gaji orang yang makan gaji;
~ upah orang yang mengambil upah.

berkongsi