maka

1. [sastera lama] lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai untuk memulakan ayat):
~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja;
apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dari tempat bersembunyinya;

2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu:
kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain;

3. bahawa:
itulah sebabnya ~ dia gagal dalam peperiksaan itu;

4. = ~ nya dengan sebab itu:
dengan bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang.

berkongsi