1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dan sebagainya) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dan sebagainya:
Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dalam keadaan ~;
2. [kiasan] sangat suka (gemar) akan sesuatu … terlalu sangat asyik (berahi):
maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu;
~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan-angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya);
~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin;
~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau seperti gila (kerana jatuh cinta dan lain-lain);
~ bunga raya mabuk dengan muka berwarna merah;
~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dengan tegak);
~ darah
a) pening kepala kerana melihat darah;
b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah;
c) mengamuk setelah melihat darah;
d) suka menumpahkan darah orang;
~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat-tempat yang tinggi, pergunungan, dan lain-lain);
~ hamil rasa loya-loya, pening dan sebagainya, biasanya pada sebelah pagi, yang dialami pada peringkat awal kehamilan;
~ kecubung
a) pening kepala kerana memakan biji kecubung;
b) [kiasan] sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain;
~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dan lain-lain;
~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dalam pelayaran (dengan kapal atau perahu);
~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang;
~ udara pening kerana naik kapal terbang;
~ di enggang lalu (peribahasa) tertarik hati kepada orang yang tidak dikenali;
seperti orang ~ gadung (peribahasa) sangat pucat;
dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dan lain-lain):
kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur;~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dan lain-lain);
~ bayang-bayang mengalami cinta yang tidak berbalas;
~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya;
dimabuki diganggu oleh:
selama tujuh tahun darwis itu ~ sakit cinta;
memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk:
minuman yang ~;
kemabukan sedang mabuk, dalam keadaan mabuk:
dia sudah seperti orang yang benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya;
pemabukan proses menjadi mabuk:
bahaya ~ akibat arak atau dadah;
pemabuk (orang yang) selalu mabuk.