1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dan sebagainya), ampun:
Omar meminta ~ daripada bapanya;
memberi ~ mengampuni;
2. = maafkanlah ampunilah:
~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa;
minta ~ minta diampuni;
bermaaf-maafan saling memberi ampun:
Ros mengesat air matanya setelah ~ dengan Jamilah;
memaafi memberi ampun (maaf) kepada, mengampuni:
sekali dua dia boleh dimaafi;
memaafkan mengampunkan kesalahan (kesilapan dan lain-lain), tidak menganggap salah dan lain-lain lagi:
sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat;
permaafan perihal bermaaf-maafan;
pemaaf
1. orang yang rela memberi maaf (memaafkan);
2. bersifat suka memaafi atau memaafkan:
dia seorang dermawan yang merendah diri, khusyuk, dan ~.