luang I

1. ruang yang kosong, kelapangan, lowong;

2. kekosongan pekerjaan, lowong:
~ dan lubang kerja cukup banyak;

3. kesempatan (baik):
kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak;

meluangkan mengosongkan (tempat dan lain-lain), melapangkan (masa dan lain-lain):
walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa untuk kanak-kanak;

terluang
1. kosong, lapang, terbuka (tempat dan lain-lain):
stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~;

2. [kiasan] tidak ada yang menduduki (jawatan, pekerjaan, dan lain-lain), kosong, lowong:
tiada pekerjaan yang ~ di pejabat itu;

3. tidak sibuk, senggang:
setiap waktu ~ mereka berbual;

4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dan lain-lain):
itulah sahaja langkah yang ~ baginya;

keluangan kelapangan, kesempatan:
itu pun dari kalangan mereka yang mempunyai ~ masa serta bersetuju dengan pimpinan parti politik yang diceburi;

peluang kesempatan baik, ketika yang baik:
kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal.

berkongsi