perbuatan melompat ke atas (dengan kedua-dua belah kaki);
~ bagai labu dibenam (peribahasa) angkuh, sombong;
seperti ~ alu penumbuk emping (padi) (peribahasa) perihal berjalan dengan kacak (sombong);
berlonjak-lonjak melompat-lompat keriangan:
budak-budak itu ~ di kerusi belakang;
berlonjakan berlonjak-lonjak:
budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka;
melonjak
1. melompat ke atas (dengan kedua-dua belah kaki) untuk mencapai sesuatu:
ia ~ hendak memetik buah itu;
2. melambung (bola dan lain-lain):
raksa dalam buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dalam batang jangka suhu;
3. [kiasan] bercakap sombong, menyombong;
cakap ~ cakap besar (meninggi);
4. [kiasan] bertambah (tinggi dan lain-lain):
pada masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~;
5. melompat naik, meningkat naik dengan tiba-tiba (harga dan lain-lain):
harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang;
dari kerani dia ~ jadi pegawai daerah;
harap hendak ~, kopiah pesuk (peribahasa) kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda;
melonjak-lonjak
1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dan lain-lain):
budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing;
2. [kiasan] meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dan lain-lain):
keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang;
melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak;
terlonjak
1. melonjak dengan tiba-tiba (kerana kesukaan dan lain-lain):
melihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya;
~ rasa semangat terlampau (terlalu) gembira;
hati ~ terlalu suka (girang) hati;
2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya, dan lain-lain);
terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinja-kinja, terloncat-loncat;
lonjakan
1. perbuatan melonjak;
2. [kiasan] (berkenaan (dengan) perasaan) dorongan atau desakan yang kuat untuk mencapai (mendapatkan sesuatu):
~ rasa untuk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti;
pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan:
mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dalam pucuk pimpinan politik?;
pengukuhan ringgit akan diberi ~.