1. lilit (pada sesuatu benda), keliling;
2. = litaran (Kejuruteraan) jalan lengkap yang dilalui arus elektrik:
haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dalam sesuatu ~;
~ pintas;
3. trek untuk perlumbaan kereta, motosikal dan sebagainya;
4. bergerak berkeliling dari satu tempat ke tempat lain;
pengadil ~ pengadil yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk menjalankan tugasnya;
~ bersepadu (Fizik) litar yang menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dalam satu unit;
~ elektrik (Fizik) susunan pengalir dan peranti yang dapat mengalirkan arus elektrik;
~ pintas = ~ singkat (Kejuruteraan) kesalahan yang menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yang rosak;
~ tertutup (Fizik) litar elektrik yang lengkap dan membolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan.