1. hilang, hapus, lelap, lenyap;
2. hilang kesedihan dan lain-lain, terlupa kesusahan dan lain-lain, terhibur:
ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dari sebab itu ~ hatiku;
~ diri kegiatan yang dilakukan untuk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran:
~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu;
melipur, melipurkan
1. menghapuskan (kesan, tanda, dan lain-lain), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan;
~ dendam mengikiskan perasaan dendam;
2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan:
maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yang dukacita itu;
pelipur, penglipur orang yang menghibur atau melipur, penghibur;
~ lara (Kesusasteraan) orang yang menghiburkan hati yang duka dengan menyampaikan cerita rakyat yang berunsur jenaka, biasanya diselitkan dengan syair, pantun, seloka dan sebagainya.