lintas

1. lalu dengan cepat;

2. [arkaik] bahagian dari jalan kereta api (dari satu tempat ke tempat lain);
~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal;
~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dan lain-lain), lalu-lalang;

selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap:
~ lalu;

melintas
1. lalu (dengan cepat):
seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu;

2. merentas (mengikut jalan yang terdekat), memintas:
kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~;

3. memotong jalan, menyeberangi jalan:
tidak dibenarkan ~ jalan di sini;

4. teringat (ternampak, terkenang, dan lain-lain) sekejap:
benda pertama yang ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi
1. lalu di, melalui, mengharungi:
pelayaran ~ Atlantik;

2. pergi ke seberang, menyeberangi:
habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak;

3. menghindarkan (kesulitan dan lain-lain), mengatasi;

terlintas
1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan;

2. teringat dalam hati, terkenang, tergerak (di hati):
~ juga di hatinya hendak mengadu kepada ayahnya perihal ia kena marah itu;

lintasan
1. gerakan melintas:
kena ~ hantu;

2. sesuatu yang melintas:
setiap ~ fikiran dirakamkannya dengan tidak membuat pilihan secara teliti;

3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yang dilalui;
~ belang bahagian jalan yang berjalur-jalur putih atau kuning sebagai isyarat supaya kenderaan berhenti untuk membolehkan pejalan kaki melintas;
~ zebra lintasan belang;

kelintasan
1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan;
pantang ~
a) tidak mahu dilalui;
b) selalu hendak menang daripada orang lain;

2. [Kelantan] dirasuk hantu dan lain-lain;

perlintasan
1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dan lain-lain);

2. hadiah untuk saudara tua yang didahului (khas daripada adik perempuan yang berkahwin dahulu daripada kakaknya);

pelintas orang yang melintas.

berkongsi