linguistik

1. kajian saintifik tentang bahasa;

2. berkaitan dengan bahasa;

~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yang menerapkan teknik komputer dalam pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dalam pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik;
~ gunaan linguistik terapan;
~ normatif aliran linguistik yang berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah untuk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa;
~ pedagogi cabang linguistik terapan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran bahasa;
~ preskriptif
a) perancangan bahasa yang bertujuan untuk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yang baku;
b) sikap dalam kajian bahasa yang berusaha mengadakan rumus untuk penggunaan bahasa yang betul;
~ sejarawi kaedah yang digunakan dalam cabang linguistik untuk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dalam sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa;
~ terapan cabang linguistik yang berkaitan dengan penerapan praktikal kajian bahasa seperti linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.

berkongsi