limpah

1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dan lain-lain):
air yang di dalam tempayan itu terlalu banyak hingga ~;
~-ruah
terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh;

2. [kiasan] terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dan lain-lain):
ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah;

3. [kiasan] baik atau murah hati:
hanya Tuhan dengan ~ kasihan-Nya, yang akan dapat menolong beliau;

berlimpah-limpah
1. terlalu banyak tumpah kerana penuh;

2. terlalu banyak atau ramai (orang dan lain-lain):
bahan makanan ~;

melimpah
1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dan lain-lain):
darah pun seperti sebak penuh ~ di dalam kota Singapura itu;

2. = melimpah-limpah [kiasan] terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali:
dalam pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu;

3. [kiasan] turun kepada, datang kepada, diwarisi oleh anak ( tentang perangai dan lain-lain,):
hanya sisa-sisanya yang jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini;

melimpahi
1. melimpah ke (kepada):
padang bola maktab itu dilimpahi air;

2. [kiasan] bermurah hati kepada, mengurniai seseorang:
semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya;

melimpahkan
1. menjadikan melimpah, menumpahkan:
isi padu air yang dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dengan isi padu penyumbat juga;
~ air mata;

2. mengeluarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak-banyak:
~ kasih sayang;
~ perhatian kepada perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan;

3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak:
Tuhan yang ~ rahmat kepada hamba-Nya yang berusaha dan sabar;

limpahan sesuatu yang melimpah atau yang dilimpahkan:
kamu sekalian yang makan daripada ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini;

kelimpahan
1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak:
agak seketika didengarnya bunyi air ~;

2. diberi (dikurniakan dan lain-lain) banyak-banyak, menerima (kurnia dan lain-lain) banyak-banyak;

3. = kelimpah-mewahan keadaan yang mewah atau berlebih-lebihan, kemewahan;

pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu:
proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara.

berkongsi