pandang, tengok;
salah ~ salah (silap) pandang;
berlihat-lihatan saling memandang, berpandang-pandangan;
melihat
1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik:
ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur;
2. memandang (menengok, menonton, dan lain-lain) dengan menggunakan mata:
mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yang terdampar itu;
3. menilik, meramal (nasib dan lain-lain):
~ nasib;
4. membuat kesimpulan dengan menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dan sebagainya) dengan atau setelah melihat (mendengar dan sebagainya), meninjau:
setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya;
dalam hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut;
dilihat dari sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dalam cerpen-cerpen Keris Mas;
5. melawat (orang sakit dan lain-lain), menziarahi:
~ orang sakit;
~ bulan datang haid;
melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dan sebagainya:
kemudian aku duduk sambil ~ apa yang terdapat di dalam bilik baginda itu;
kami mengambil peluang untuk ~ sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu;
melihati memerhati dengan teliti, memandang dengan sungguh-sungguh, mengamat-amati:
panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu;
melihatkan melihat akan, memandang kepada:
ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras;
memperlihatkan
1. melihatkan (menunjukkan supaya dilihat):
Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kepada orang;
2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kepada pandangan atau tanggapan orang:
daripada raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yang sebenar;
dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yang sangat pesat;
terlihat
1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak:
kesedihannya ~ nyata pada mukanya;
semua perbezaan ini ~ melalui bahasa;
2. telah dilihat, diketahui:
setelah ~ benda itu segera diambilnya;
3. terpandang dengan tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat untuk memandang):
ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yang duduk di sampingnya itu mengerling;
penglihat
1. = penglihatan kuasa (pancaindera) untuk melihat;
2. orang yang pandai meramal (menilik dan lain-lain);
lihatan apa yang dilihat:
pengalaman yang ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~;
~nya dalam kegelapan itu berpusar dan terus berpusar;
kelihatan
1. dapat dilihat, tampak:
hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi;
2. = kelihatannya nampaknya, pada lahirnya, rupanya:
Datuk Empat Ujang ~ termenung;
3. diketahui, jelas, ternyata:
~ benar apa tujuannya;
pelihatan, penglihatan
1. kuasa (pancaindera) untuk melihat, kebolehan melihat:
dia terpaksa berhenti daripada pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak;
2. apa yang dipandang, pandangan:
Hang Tuah ini pada ~ku bukan sebarang orang;
3. perihal melihat:
tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu;
pelihat orang yang pandai meramal atau menilik apa yang akan berlaku (terjadi dan lain-lain).