licin I

1. tidak kesat (rambut yang disapu minyak dan sebagainya), berlendir (menyebabkan mudah tergelincir):
rambutnya disisir ~;

2. tidak menggerutu (cermin, kaca, dan lain-lain), sama rata (sesuatu permukaan dan lain-lain), halus;

3. tidak ditumbuhi apa-apa (kepala yang botak, betis yang tidak berbulu, dan lain-lain);

4. [kiasan] habis sama sekali (harta dan lain-lain), habis langsung;

5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan perkataan orang, licik:
apa yang kita mahu ialah satu tipu muslihat yang ~ seperti yang dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam;

6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dan lain-lain), tidak mudah tertangkap:
pencuri yang ~;

7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dan lain-lain), berjalan lancar:
perniagaannya berjalan dengan ~;~ (ber)dalik [Kelantan] tidak ada lagi yang tinggal (harta), habis langsung;
~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan);
~-licau licin sekali, safan-safa;
~ moner [Kelantan] tidak ada yang tertinggal lagi (harta, wang, dan lain-lain);
~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dan lain-lain);
~ bagai basuh perahu (peribahasa) menderita kerugian;

melicinkan
1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir):
gunakan minyak kelapa hijau yang dimasak harum untuk ~ rambut;

2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dengan mengetamnya dan sebagainya):
dia menggosok kemejanya untuk ~nya;

3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dan sebagainya) berjalan dengan lancar, melancarkan:
mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu;

memperlicin menjadikan lebih licin:
~ perjalanan pemerintahan;

kelicinan
1. perihal atau keadaan licin: (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir):
~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku;

2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dan sebagainya):
~ pipi yang empuk akan hilang apabila tua;

3. perihal (keadaan dan sebagainya) berjalan dengan licin (lancar), kelancaran:
~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dengan tugas sehari-hari;

4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dalam perlakuan atau tindak-tanduknya):
kecurangan Tuai Kancu yang menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang daripada jalan yang mudah;

pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu;

pelicin benda (minyak, sabun, dan lain-lain) yang digunakan untuk melicinkan sesuatu.

berkongsi