1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (seperti getah dan lain-lain), boleh dilentur-lentur dan tidak patah:
besi yang ~;
daging kerbau tua biasanya ~;
2. likat, pekat:
tanah ~;
3. [kiasan] tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dan lain-lain);
4. [kiasan] tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan:
pada esoknya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling;
liat-liat liang-liut, liuk-lentok;
meliat
1. menjadi liat (tanah dan lain-lain);
2. [kiasan] mulai berdaging (isi durian);
meliatkan menjadikan liat;
keliatan perihal (keadaan dan sebagainya) liat:
malah apabila mendengar ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka;
~ air (Kimia) perihal air yang tidak berbuih dengan sabun.