bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dan lain-lain):
sekali ~ tiga degumnya;
letup-letup sejenis permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dan lain-lain);
meletup pecah dan berbunyi seperti bunyi pecah (tembakan meriam, bola pecah, dan lain-lain), meledak, meletus:
kami belum lagi tahu bahawa bom yang ~ itu datangnya dari kapal terbang Jepun;
~ di sana, di sini bunyinya (peribahasa) orang lain yang bersalah lain pula orang yang menanggung akibatnya;
meletupkan menjadikan meletup, meledakkan:
maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar;
letupan
1. bunyi meletup, ledakan, letusan:
satu ~ kuat terdengar membelah malam;
2. = bahan ~ bahan ledakan:
sampan itu berisi ~ yang disangkuntukan pada sebuah bom waktu;
3. perihal meletup:
bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti;
4. (Linguistik) bunyi konsonan seperti letupan yang dihasilkan dengan menutup saluran udara dan kemudian melepaskannya dengan tiba-tiba, misalnya /p/ dalam pasu.
peletupan perihal atau perbuatan meletupkan, peledakan;
peletup alat untuk meletupkan sesuatu bahan letupan;
= detup.