cakap yang berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang):
ia pun menangislah, kerana mengenangkan untungnya yang malang itu dengan berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu;
berleter, meleter bercakap-cakap dengan tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel:
Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang;
meleteri berleter kepada seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dan sebagainya), mengomeli:
sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu;
leteran kata-kata meleter, omelan:
Mak Yah melanjuntukan ~nya;
peleter (orang yang) suka berleter, pengomel.