duduknya (sesuatu benda dan lain-lain), kedudukan, tempatnya:
ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yang ditatangnya;
~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dari bandar Taiping;
meletak [Minangkabau] menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pada;
~ beras menjerang nasi;
~ kata menyusun kata-kata;
~ mata memandang kepada;
~ nasi menghidang nasi dan lain-lain untuk menjamu hantu;
~ tanda memberi tanda (seperti cincin dan lain-lain) kepada pihak pengantin perempuan;
meletakkan
1. menempatkan (pada), mengenakan (pada), membubuhkan (ubat dan lain-lain):
dengan segera perempuan itu ~ bungkusan yang dijunjungnya di atas sebuah batu hampar;
kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak;
2. memasukkan (dalam):
pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dalam kawasan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga;
3. [kiasan] melepaskan (perkhidmatan dan lain-lain), meninggalkan;
~ jawatan berhenti daripada memegang sesuatu jawatan;
~ senjata menamatkan peperangan;
4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan:
maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana;
5. [sastera lama] menentukan, menetapkan:
syahadan bagindalah yang pertama ~ kekuningan larangan;
terletak
1. ada (pada atau di), duduknya (di), letaknya (pada atau di), terdapat (pada atau di):
aku kembali ke rumahku yang ~ di belakang kedai di hadapan masjid;
~ kepada (pada) letaknya pada, tertanggung kepada, terdapat pada;
2. (telah) diletakkan;
biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak (peribahasa) lebih baik menarik diri daripada dipecat dan lain-lain;
peletakan perihal meletakkan;
~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti daripada memegang jawatan);
~ senjata gencatan senjata;
peletak tempat meletakkan:
keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas.