1. bengkok atau kelok (pada barang yang melengkung), lengkok;
2. [Indonesia] perubahan arah (sinaran cahaya yang masuk ke dalam air dan lain-lain), bias;
melentur
1. membengkok atau melengkung (seperti julai batang buluh, ampaian kain yang tidak tegang, dan lain-lain), kendur:
dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~;
2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dan lain-lain);
melenturkan menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan melentur, membengkokkan, melengkungkan:
rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi;
budak-budak umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk;
lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat (peribahasa) orang yang berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan;
terlentur telah melentur, menjadi melentur:
beberapa batang anak pisang berhampiran dengan rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam;
lenturan
1. perihal lentur;
2. benda yang melentur atau melengkung (seperti buluh pada pintu gerbang dan lain-lain);
kelenturan perihal (keadaan, keupayaan, dan sebagainya) melentur:
besi, umpamanya, digunakan dengan meluas untuk membina bermacam-macam peralatan yang memerlukan kekuatan dan ~;
pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan;
pelentur benda atau alat yang digunakan untuk melenturkan:
ada kalanya batu besar digunakan sebagai ~ dahan-dahan pokok itu.