lentok

melentok, terlentok terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dan sebagainya):
api di hujung jamungnya juga melentok-lentok macam telinga arnab kegelian;
Ahmad yang duduk terlentok di atas bangku mengeluh;

melentokkan membongkokkan atau mengelokkan (badan dan lain-lain), menjadikan terkulai:
Madhubala ~ kepalanya untuk melepaskan rambutnya;

melentok-lentokkan melentokkan beberapa atau berulang kali:
dia bersuara semula sambil ~ kepalanya;

lentokan gerakan (hasil) melentok:
dia mengajak kawannya meninggalkan kawasan perkuburan itu dengan isyarat ~ kepala;
hatinya terpesona dengan ~ pohon-pohon padi yang kuning keemasan disinari mentari petang.

berkongsi