lenting I

melenting
1. membingkas balik (rotan dan lain-lain), menganjal;

2. bergerak (melompat dan lain-lain) dengan cepat dan pantas:
perempuan itu tiba-tiba ~ dengan muka macam bunga raya;

3. melentur atau bergelung (seperti daun kering, keropok digoreng, dan lain-lain);

4. [kiasan] naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya):
Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya;

melenting-lenting bergerak (melompat, meloncat dan sebagainya) dengan cepat berulang kali:
ulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dalam tong sampah;

melentingkan menyebabkan melenting:
kelemahan utama gaya ini ialah kecenderungan atlet untuk ~ badan mereka terlalu awal;
~ batu kerikil dan lumpur ke belakang;

lentingan gerakan atau hasil melenting, lonjakan:
tiba-tiba sahaja bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu;

pelenting kekuatan ~ [Indonesia] kekuatan menganjal.

berkongsi