1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan:
ia berjalan dengan ~ yang lemah lembut;
2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dan lain-lain);
~ kangkung
a) pergerakan berayun-ayun yang lemah lembut;
b) hidup atau duduk bersenang-senang (tiada apa yang dikhuatirkan);
~ patah tujuh pergerakan ketika berjalan dalam hutan (untuk mengelakkan dari pokok-pokok, duri, dan lain-lain);
~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak dalam perut (bagi perempuan yang hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung);
~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu (peribahasa) orang yang tidak sedarkan kekurangan diri;
~-lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan (peribahasa) gaya jalan yang lemah lembut dan menarik;
elok ~ di tempat datar (peribahasa) bersuka-suka biarlah pada tempat dan waktunya;
harap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang (peribahasa) cakap sahaja yang lebih tetapi buktinya tidak ada;
tak berasak ~ dari ketiak (peribahasa) tidak berubah-ubah dan masih tetap seperti lama juga;
berlenggang, melenggang
1. berayun tangan ketika berjalan:
tangan kanannya yang memegang senapang itu kelihatan tidak ~;
2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelombang dan lain-lain):
ia berpaling memandang api lampu minyak yang melenggang lemah;
badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya;
3. [kiasan] berjalan dengan tidak membawa apa-apa beban:
mereka pulang dari dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yang gugur;
4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok berliuk-liuk ke kiri ke kanan (seperti orang menari dan lain-lain):
pandangannya berpusat kepada api lampu yang ~- lenggok ditiup angin;
~ perut lenggang perut;
melenggangkan
1. mengayunkan tangan ketika berjalan;
2. menjadikan berlenggang atau melenggang:
anak-anak angin yang bertiup itu melenggang-lenggangkan rambutnya;
terlenggang-lenggang terayak-ayak, terayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dan lain-lain);
lenggangan ark
1. sejenis dulang untuk mencari bijih atau emas;
2. pergerakan melenggang, ayunan.