lencong

melencong
1. tidak mengikut arah yang betul, menyimpang dari arah yang asal, menyerong:
tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan;

2. menyimpang daripada tujuan (maksud) yang asal, menyeleweng, tersesat:
di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu;

melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu ke arah lain, menyimpangkan:
mereka akan ~ jalan;

terlencong menyimpang dengan tidak sengaja daripada dasar, arah tujuan dan sebagainya yang asal atau sebenarnya, terbabas:
ketiadaan maklumat dan kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke perairan negara kita;

lencongan jalan dan sebagainya yang melencong dari jalan asal yang dibaiki dan sebagainya;

pelencongan perihal melencong atau melencongkan:
ada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis.

berkongsi