lena

1. lelap, nyedar, nyenyak:
aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula;

2. leka, lalai, tidak sedar (ingat):
semua orang ~, ~ dengan impian masing-masing;

3. lama (waktu), lambat-lambat:
tidak berapa ~ ketikanya;

berlena, berlena-lena sengaja menghabis-habiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka;

melenakan membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan:
dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki-laki itu;

terlena
1. tertidur, tidur lelap:
matanya dipejamkan dan dia mula ~ dengan tidak payah dipaksa-paksa;

2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka:
beberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi;

3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu;

kelenaan
1. (dalam) keadaan yang lena;

2. [Indonesia] tidak awas-awas, kurang hati-hati.

berkongsi