sejenis binatang ternakan untuk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dan lain-lain;
~ daging lembu yang dipelihara untuk (mendapatkan) dagingnya;
~ dogol
a) lembu yang tidak bertanduk;
b) [kiasan] orang yang suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa;
~ kasi
a) lembu yang dikasi;
b) orang yang berani dengan musuh kalau berjauhan;
~ kenyang [Kelantan] orang yang degil atau malas, orang yang berbuat tidak peduli;
~ kontan (Ekonomi) perniagaan yang mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai;
~ pawah lembu yang hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dengan orang yang mengusahakannya;
~ tenusu = ~ perahan lembu yang diternak terutamanya untuk mendapatkan susunya;
~ dogol jangan dibalun (peribahasa) orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh;
~ punya susu, sapi dapat nama (peribahasa) orang lain yang membuat kebajikan orang lain yang mendapat kepujian;
~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga (peribahasa) orang yang sudah terkenal jahatnya;
laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (peribahasa)
a) orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya;
b) melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian;
laksana ~ kasi (peribahasa) badan sahaja yang besar tetapi hati penakut;
menghela ~ dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya (peribahasa) manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut;
memperlembu [kiasan] memperlakukan seperti lembu (terhadap seseorang), memandang seperti lembu:
kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yang bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim.