lembah

= lembahan, pelembahan
1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai):
di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dengan lanar;
Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai,

2. [kiasan] jurang kehidupan, tempat yang paling rendah atau hina:
kerana daripada pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali;
maka bebaslah mereka bergelumang dalam ~ maksiat;
~ silikon
kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yang berkaitan dengan teknologi maklumat;

berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan (dengan) tanah):
kawasan itu rendah dan ~.

berkongsi