lemah I

1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu:
dengan gerak yang ~ seperti orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela;

2. rendah (dari segi pencapaian):
prestasi kerjanya ~;

3. tidak diyakini sebagai benar atau logik:
hadis yang ~;

4. tidak tegas:
dia ~ dalam membuat keputusan;
~ gemalai = ~ gemulai
gerak berliuk-liuk yang elok (tubuh badan);
~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati;
~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dan lain-lain);
~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur-lentur), liat;
~ longlai
a) = ~ gemalai;
b) tidak bermaya, lemah;
~ lumpuh lemah sekali;
~ persendian tidak bertenaga;
~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dan lain-lain);
~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga;
~ diraih, pantai dititi (peribahasa) sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah;
~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat (peribahasa) pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan;

berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lawan berkeras;

melemah menjadi lemah (bertambah lemah):
suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula;

melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah:
penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang;
nasib dua watak yang penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yang ~ novel ini;

memperlemah menjadikan lebih lemah;

kelemahan perihal lemah:
ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan;

pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah;

pelemah sesuatu yang (dapat) melemahkan (semangat dan lain-lain).

berkongsi