lela I

1. [saster lama] tingkah laku yang elok, gerak-geri (tangan dan lain-lain) yang elok:
mereka bersuka ria dengan tepuk tari dan ~;

2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak;
banyak ~ banyak ragam;
muda ~ muda dan segak;
~ bangsawan segak lagi berbangsa;
~ remaja muda lela;

selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya:
jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dengan ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik;

berlela berlagak, bergaya, bertingkah;
amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa;

melela menggerak-gerakkan tangan, memperlagakkan diri, menunjuk-nunjuk:
maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar;

melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dan lain-lain) dengan elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dan lain-lain) dengan elok.

berkongsi