lekas

tidak lambat atau lengah, cepat, segera:
~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai;

selekas ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya;

lekas-lekas dengan lekas (sekali), cepat-cepat:
~ Mamat pergi menuju ke sungai;
aku ~ keluar dan bersalam dengan mereka;

berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru;

melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan:
~ kerja yang baik supaya tidak ditimpa yang buruk;

memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat;

pelekas (orang) yang lekas (marah dan lain-lain):
orang yang ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal.

berkongsi