1. pecah atau retak (kerana kena panas seperti tanah dan lain-lain), merekah;
bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan;
2. mudah tanggal (isi buah dari biji, cat dari kayu, dan lain-lain), longkah, tidak melekat;
rambutan ~ rambutan yang isinya mudah terkopek dari bijinya;
3. tidak henti-henti, sentiasa:
saya tidak ~ memegang peta;tak ~ di bibir selalu disebut-sebut;
tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas (peribahasa) adat yang tidak berubah-ubah (kekal);
berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dan lain-lain), bercerai, berpisah:
pada suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat;
melekang
1. pecah atau belah (bibir, tanah, dan lain-lain);
2. tanggal atau longkah (cat dan lain-lain);
melekangkan
1. menjadikan lekang;
2. [kiasan] memisahkan (memalingkan) daripada:
ia tidak dapat ~ matanya daripada peristiwa yang sedang berlaku di depannya;
pelekang [kiasan] sesuatu yang melekangkan (menghilangkan penyakit dan lain-lain, memisahkan):
nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih.