meledak
1. pecah dan meletup (dengan kuat), meletus:
bom yang dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pada sasarannya;
barang ~ barang-barang yang mudah meletup (seperti ubat bedil dan lain-lain);
2. [kiasan] terbit (peperangan, pertengkaran, dan lain-lain), timbul:
peperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pada tahun 1904;
meledakkan
1. menjadikan meledak, meletupkan:
mereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu;
2. menyebabkan terbitnya atau timbulnya sesuatu hal (seperti peperangan, kemarahan, dan lain-lain):
~ revolusi;
ledakan, peledakan
1. perihal meledak, letupan:
sesekali pada waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam;
2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu:
menghentikan ~ bom hidrogen untuk menyelamatkan umat dunia;
3. pertambahan (pertumbuhan) yang sangat besar dan mengejut:
~ penduduk;
~ maklumat yang dipelopori teknologi komputer dan elektronik;
peledak alat elektrik atau elektronik yang digunakan untuk meledakkan bahan letupan seperti bom atau dinamit, peletup;
bahan ~ benda yang dapat meledak (diletupkan dan lain-lain).