1. melampaui had yang sepatutnya, bertambah (dari dahulu):
harga gula sekarang ~ mahal daripada harganya tiga tahun dahulu;
kedudukannya sekarang ~ terjamin;
~ baik duduk diam daripada berkata yang sia-sia;
2. baki, sisa:
tiga dibahagi dengan dua, ~ satu;
3. bertambah sedikit (daripada angka yang dinyatakan):
ia bekerja di pejabat itu lima tahun ~;
4. semakin, kian bertambah:
makin lama menjadi ~ berani ia;~ jauh selanjutnya, seterusnya;
~ kurang kira-kira, agak-agak;
~ masa yang dilakukan (berkaitan dengan kerja) di luar waktu kerja yang telah ditetapkan;
~ umur melewati umur (yang dikehendaki), tua;
~ lagi = lebih-lebih;
selebihnya baki daripada sesuatu, lebihnya, kelebihannya;
lebih-lebih = ~ lagi tambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula:
betapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak;
mereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yang peramah dan berbudi bahasa;
selebih-lebihnya paling banyak (ramai):
anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang;
lebih-lebihnya paling lebih:
tugas seseorang diplomat bukan untuk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ untuk menjelaskannya di negara luar;
berlebih
1. ada lebihnya, berbaki, bersisa:
pendapatannya ~ dari perbelanjaannya;
2. terlalu banyak, banyak sangat:
menempatkan semula penduduk yang ~ di Pulau Jawa;
~ kurang bertolak ansur (dengan kawan dan lain-lain);
berlebih-lebih
1. terlalu banyak lebihnya (makanan dan lain-lain):
pakaian yang dibelinya itu ~;
2. melewati (bertambah) dari yang sebenarnya:
kebesaran raja-raja pada zaman dahulu biasanya diceritakan dengan cara yang ~;
berlebihan terlalu sangat (banyak, lebih, dan lain-lain):
beras ada juga yang dieksport kerana ~ daripada keperluan tempatan;
berlebih-lebihan
1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya):
dalam hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yang agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal;
pernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu?
2. berlumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi):
mereka saling ~ memakai barang kemas;
melebih, melebih-lebih berbuat lebih daripada yang sepatutnya (daripada orang lain), menambah supaya lebih:
kamu janganlah ~ sangat;
melebihi
1. lebih daripada, melewati, melampaui, mengatasi:
darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang;
2. membuat supaya jadi lebih:
mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yang ditentukan itu;
~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia (peribahasa) sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang daripada yang sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua;
melebih-lebihi menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan terlalu banyak;
melebihkan
1. menjadikan lebih, membanyakkan:
pengetahuan itu boleh didapat dengan ~ membaca buku, majalah dan akhbar yang bernilai;
2. memandang lebih penting (mustahak, berguna, dan lain-lain):
~ agama daripada adat;
melebih-lebihkan menokok tambah hingga lebih daripada yang sebenarnya:
kadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya;
terlebih
1. yang paling lebih (cerdik, penting, besar, dan lain-lain), tersangat:
kpada hatinya, ~ baik keris itu daripada golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris;
~ dahulu pertama-tama;
2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi;
lebihan jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yang lain:
~ imbangan perdagangan dijangka meningkat;
kelebihan
1. sesuatu sifat yang lebih daripada kebiasaan, keistimewaan:
Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yang mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yang teristimewa;
2. bilangan yang berlebih, bilangan yang lebih banyak:
beliau telah menang dalam pilihan raya itu dengan mendapat ~ undi;
3. = lebihan yang berlebih, bakinya, sisanya;
berkelebihan
1. berlebih, bersisa;
2. terlalu banyak (lebihnya, sisanya, dan lain-lain);
3. mempunyai kelebihan (keistimewaan).