1. padan, patut, sesuai:
makanan seperti itu hanya ~ untuk anjing sahaja;
maka barang siapa datang pada baginda, masing-masing pada ~nya diberikan oleh baginda;
menurut punca-punca yang ~ dipercayai;
2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dan sebagainya) yang tertentu atau yang sewajarnya (untuk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yang ditentukan (untuk sesuatu);
3. laku, rupa:
engkau hinakan aku seperti mengusir seekor anjing yang berkurap ~nya;
selayaknya sepatutnya, sepantasnya:
~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula;
melayakkan menjadikan layak, memadankan, menyesuaikan:
hanya diri dan kaum kita sahaja yang mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yang halal;
kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggupan:
tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yang khas;
berkelayakan mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap:
seorang pegawai yang ~ dihantar untuk memeriksa hal ehwal kewangan.