lawat

melawat
1. pergi mengunjungi (negara asing dan lain-lain):
~ ke Jepun;

2. menziarahi jenazah;

melawati datang melihat, mengunjungi, menziarahi (jenazah, orang sakit):
~ orang mati;
maka terdengarlah kepada orang kuala bunyi bedil seperti bertih, maka segera dilawatinya;

lawat-melawati saling melawat antara satu sama lain, kunjung-mengunjungi;

lawatan perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dan lain-lain), kunjungan:
mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan;
~ sambil belajar
lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dan sebagainya) untuk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dan sebagainya itu;

pelawat orang yang melawat, pengunjung:
~-~ Zoo Negara.

berkongsi