latih

~ tubi latihan (ajaran, tunjuk ajar, dan sebagainya) yang diulang-ulangi (untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir);

berlatih = ~ diri memahirkan diri:
ia sedang ~ menjadi nakhoda;

melatih
1. membiasakan, memahirkan:
kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dengan selalu membaca kuat-kuat dengan bunyi yang betul;

2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai):
mereka yang dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera;
~ tubi
memberikan latihan (ajaran dan sebagainya) yang diulang-ulangi, mengulang-ulangi sesuatu dalam proses atau usaha mengajar;

terlatih telah dilatih, terdidik:
guru-guru yang ~;

latihan pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima:
doktor telah menerima ~ yang cukup untuk menjalankan kerjanya;
~ amali
latihan dengan mengerjakan (mengamalkan) sendiri (sains dan lain-lain);
~ asas latihan permulaan;
~ badan pelajaran gerak badan (olah raga dan lain-lain);
~ ilmiah latihan bertulis untuk mendapat ijazah (sarjana dan lain-lain);

pelatihan perihal (perbuatan, proses, usaha dan sebagainya) melatih:
~ para belia dalam bidang teknikal perlu difikirkan secara serius;

pelatih
1. orang yang melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir;
~ bola sepak;

2. orang yang sedang menerima latihan;
doktor ~ doktor yang masih menjalani latihan praktikal (di hospital).

berkongsi