latah I

1. sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain:
kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam untuk mengusiknya supaya membuat ~ lagi;

2. berlaku seperti orang gila (kerana percintaan dan lain-lain), meracau:
~lah seperti orang gila tiada khabarkan dirinya;
~ latih
suka berleter;
~ mulut berkata yang bukan-bukan (seperti mencarut dan lain-lain);
~ wilangan (orang yang) mabuk bercinta atau khayal dalam percintaan;

melatah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya;

melatahkan mengusik seseorang (perempuan) supaya melatah:
hanyalah tuan hamba latahkan;

kelatahan perihal latah;

pelatah orang yang latah.

berkongsi